Sepanjang bulan Disember 2024, SDEC dengan penuh komitmen melaksanakan penyerahan sistem yang telah dibangunkan kepada pemilik-pemilik sistem seperti berikut:

๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น Sistem Maklumat Akademik V2 Fasa 1 kepada Pusat Pengurusan Akademik selaku pemilik sistem pada 19 Disember 2024
๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น Modul Integrated Outcome-Based Education (iOBE) kepada Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran selaku pemilik modul pada 19 Disember 2024
๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น Sistem ePrestasi versi Baharu skop staf Akademik kepada Jabatan Pendaftar selaku pemilik sistem pada 16 Disember 2024
๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น Sistem e-JIM (Sistem Jaringan Industri dan Masyarakat) kepada Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri selaku pemilik sistem pada 9 Disember 2024
๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น Sistem eQalam versi Baharu kepada Pusat Penerbit selaku pemilik sistem pada 9 Disember 2024

๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น Sistem Mobile Fine Payment kepada Jabatan Bendahari selaku pemilik sistem pada 2 Disember 2024

Inisiatif ini menjadi bukti usaha SDEC dalam menyokong agenda transformasi digital USIM, sekali gus meningkatkan kecekapan dan kemajuan dalam pelbagai aspek pengurusan universiti.