27 November 2024, Dewan Tuanku Canselor menjadi lokasi tumpuan bagi Persiapan Operasi Teknikal ICT Majlis Konvokesyen ke-22 USIM. Pasukan dari Bahagian Perkhidmatan Digital, Bahagian Infrastruktur ICT dan Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal berganding bahu memastikan segala kelengkapan teknikal, termasuk pemasangan perkakasan ICT dan sistem uGRAD, disiapkan dengan sempurna.
Seluruh pasukan teknikal komited dalam memberikan yang terbaik demi memastikan kelancaran sepanjang Raptai Pentadbiran dan Raptai Perdana.
